fbpx

Greenwood masih bermalam di lokap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GREENWOOD terus ditahan oleh pihak polis dengan dua tuduhan terbaharu melibatkan keganasan seksual dan ugutan bunuh. – AFP

MANCHESTER – Bintang muda Manchester United, Mason Greenwood terpaksa terus berada dalam tahanan untuk siasatan lanjut ekoran pertuduhan terbaharu melibatkan ugutan bunuh dan serangan seksual.

Sebelum ini, pemain berusia 20 tahun itu ditahan oleh pihak polis selepas laporan mengenai pelakuan ganas serta tuduhan rogol telah dibuat ke atasnya.

Pasukan penyiasat telah diberikan masa tambahan untuk menjalankan siasatan mengenai tuduhan terbaharu tersebut sekali gus menyaksikan Greenwood terpaksa bermalam di lokap untuk hari ketiga kelmarin.

Gambar, video dan rakaman suara mengenai pelakukan Greenwood terhadap teman wanitanya, Harriet Robson tersebar sejak Ahad lalu menyebabkan pemain berkenaan telah ditahan.

“Suspek telah ditahan sejak Ahad lalu selepas pihak polis menyedari mengenai imej dan video yang tersebar di laman sosial oleh mangsa.

“Pemuda berkenaan akan ­te­­­r­us disoal siasat selepas majistret membenarkan lanjutan tempoh tahanan sehingga hari ini (semalam),” kata kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak polis.

Isu yang menyelubungi Greenwood itu menyebabkan United mengeluarkan kenyataan me­ngutuk perbuatan ganas berke­naan selepas menggantungnya daripada sesi latihan dan perlawanan.

Beberapa pemain United termasuk Cristiano Ronaldo mengambil tindakan tidak lagi mengikuti Greenwood dalam laman sosial Instagram.
Selain itu, syarikat pembangun perisian permainan video, EA Sport sudah mengeluarkan pemain itu daripada pangkalan data bagi permainan FIFA 22 mereka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI