fbpx

Farhan mahu buka lembaran baharu bersamaTRW

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FARHAN (kanan) bersama pemilik kelab, Norizam Tukiman selepas menandatangani kontrak bersama skuad TRW bagi saingan Liga M musim ini. – KELANTAN FC

KEPUTUSAN untuk menyertai Kelantan FC musim 2022 diharap dapat membuka lembaran baharu buat bekas pemain Kedah Darul Aman (KDA FC), Muhd. Farhan Roslan selepas mengharung musim mencabar dalam karier sebelum ini.

Kata Farhan, kesukaran untuk bermain terutama dalam dua musim terakhir masih dirasai dan berharap situasi sama tidak lagi akan berlaku dalam skuad The Red Warriors (TRW) nanti.

“Saya sahut cabaran ini adalah kerana mahu mendapat pengalaman baharu dan paling penting meraih lebih banyak minit permainan bagi membina semula keyakinan serta mencari kembali momentum seperti dahulu.

“Masa di Perak FC musim lepas, sebenarnya saya tidak alami sebarang kecederaan berpanjangan, mungkin bukan rezeki saya untuk bermain kerana tidak berada dalam perancangan pasukan.

“Kini, saya harap situasi bersama Kelantan FC dapat menaikkan kembali semangat saya tetapi pada masa sama tidak mahu meletakkan sebarang sasaran yang boleh memberikan tekanan di atas padang,” katanya.

Sementara itu, Farhan mengakui kehadiran beberapa bekas pemain KDA FC seperti Khairul Helmi Johari, Osman Yusoff dan Shahrul Igwan Samsudin juga sesuatu yang positif, namun perkara itu tidak menjadi keutamaan.

“Bagi saya kehadiran rakan-rakan lama semasa di Kedah tidak memberikan apa-apa perbezaan kerana pemain lain juga umpama satu keluarga apabila saya rasmi bersama Kelantan.

“Apa yang menyatukan kami adalah mahu merealisasikan impian Kelantan bermain pada Liga Super pada musim 2023 nanti,” kata pemain berusia 26 tahun itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI