fbpx

Salahkah ambil booster dan sihat?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Kira-kira dua bulan lalu penulis telah menerima suntikan dos penggalak (booster) Covid-19 jenis Pfizer.

Pada awalnya penulis agak ragu-ragu untuk menerimanya disebabkan dos Sinovac (dua dos awal yang diterima) akan bercampur dengan Pfizer (dos penggalak), namun pada tarikh berkenaan penulis pejam mata dan tawakal sahaja.

Alhamdulillah tiada kesan sampingan teruk, hanya sakit pada bahu beberapa hari. Tiada rasa kemaruk lapar atau mengantuk seperti dua dos sebelum ini.

Cuma kadang-kala penulis merasakan diri cepat penat atau ‘pendek nafas’ ketika kelam kabut dalam menguruskan sesuatu perkara, tidak mahu menyalahkan dos penggalak ‘husnuzon’ saja mungkin itu disebabkan faktor usia.

Apa yang pelik, komen penulis di media sosial mengenai dos penggalak berbunyi ‘saya sudah ambil booster, Alhamdulillah tiada kesan sampingan’ menerima komen balas tidak puas hati netizen baru-baru ini.

Hanya 10 peratus komen yang bersependapat dengan penulis menyatakan mereka juga sihat dan tiada kesan sampingan selepas mengambil dos berkenaan.

Selebihnya netizen lain meninggalkan komen balas berbaur sinis antaranya, ‘mediaaa..memang kempen suruh ambil pun’, ‘Sekarang ok, tengoklah akan datang’, ‘mungkin tidak kena diri sendiri, mungkin kena kat keluarga’ dan ‘kalau ada anak kecik cuba cucuk anak pulak ya’.

Membaca komen-komen berkenaan membuatkan penulis berfikir salahkah mengambil booster Covid-19 dan sihat, netizen itu semua mahu kita masuk hospital ke lepas terima suntikan.

Mungkin cerita-cerita buruk orang selepas ambil booster mereka suka baca berbanding orang sihat dan bersyukur tiada kesan sampingan.

Menjengah di aplikasi TikTok golongan itu memang bermaharajalela, maaf cakap mereka adalah golongan antivaksin. Pelbagai video menakut-nakutkan orang berlambak di situ.

Kalaulah penulis bukan ‘orang media’ yang membaca data Covid-19 daripada Kementerian Kesihatan (KKM) hari-hari, tidak mustahil penulis juga akan jadi antivaksin.

Komuniti mereka sangat kuat sokong-menyokong antara satu sama lain di aplikasi berkenaan, pelbagai video termasuk daripada selebriti (bukan doktor) antivaksin turut ada.

Fakta mereka petik yang entah dari mana, kadang-kala kedengaran agak lucu dan tidak masuk akal tetapi dipercayai bulat-bulat.

Mujurlah ada beberapa petugas kesihatan mula menggunakan TikTok dengan membuat content kesedaran cara orang muda. Tidak dapat menyedarkan semua pun tidak mengapa, lima peratus pun sudah okay.

Bawa membacalah semua, bila dengar video antivaksin cuba lah semak fakta itu betul atau salah, jadi orang cerdik semak dulu baru percaya.

Jika anda baca kenyataan akhbar KKM bertarikh 1 Februari ada menyebut walaupun kes harian 5,566 tetapi 99 peratus adalah daripada kategori 1 dan 2 ( gejala ringan). Selebihnya kategori 3,4 dan 5.

Macam mana kes tetap tinggi, jangan salahkan dos vaksin ya, anda sendiri beratur panjang makan cendol, pergi kenduri salam orang sana sini, oh tidak lupa pelitup muka pun letak kat dagu.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI