fbpx

Indonesia nafi sudah masuki gelombang ketiga Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGARAH Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit Kementerian Kesihatan Indonesia, Siti Nadia Tarmizi. – Kementerian Kesihatan Indonesia

JAKARTA – Pengarah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit Kementerian Kesihatan Indonesia, Siti Nadia Tarmizi, memaklumkan belum dapat mengesahkan sama ada Indonesia sudah memasuki gelombang ketiga atau tidak Covid-19, lapor laman berita Kompas, semalam. 

Hal ini kerana peningkatan kes hanya dikesan dalam tempoh 10 hari sejak penularan varian yang membimbangkan Omicron Covid-19. 

Bagaimanapun menurutnya, potensi gelombang ketiga boleh berlaku jika melihat kepada jumlah peningkatan semasa kes Covid-19.

Jelas beliau, kes harian turut berpotensi meningkat sehingga mencapai jumlah tertinggi.

Menurut Nadia, dengan merujuk kepada penjelasan Menteri Kesihatan Budi Gunadi Sadikin, jumlah kes harian Covid-19 kali ini berpotensi meningkat sehingga tiga atau empat kali ganda berbanding penularan varian Delta.

“Tahun lepas, kes harian tertinggi semasa penularan Delta adalah 56,000. Kini, ia boleh menjadi tiga atau empat kali ganda jika kita tidak berdisiplin dalam menuruti protokol kesihatan, ujian besar-besaran dan pengesanan,” katanya.

Sementara itu, kerajaan Indonesia melaporkan penambahan 16,021 kes baharu pada 1 Februari yang menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 4,369,391 setakat ini. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI