fbpx

Amaran ribut petir di 9 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Penduduk di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Sabah dan Sarawak dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga ekoran amaran ribut petir beserta hujan lebat petang ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi satu kenyataan di Facebook berkata, amaran cuaca buruk itu dijangka berlaku sehingga pukul 8 malam nanti.

“Amaran tersebut melibatkan keseluruhan kawasan di Perlis, Pulau Pinang, Perak Selangor, Kuala Lumpur dan Putarajaya.

“Di Kedah membabitkan Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda dan Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

“Manakala di Johor, cuaca buruk tertumpu di Pontian, Kulai dan Johor Bahru,” katanya.

Sementara itu, amaran yang sama turut dikeluarkan bagi Sarawak melibatkan bahagian Sri Aman, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu (Tatau) dan Miri sementara di Sabah Pantai Barat (Tuaran dan Kota Belud. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI