fbpx

Skuad Piala Thomas selari visi, misi BAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHOONG HANN berharap kejohanan Piala Presiden akan memberi keadaan sebenar kepada skuad kebangsaan untuk menghadapi saingan Piala Thomas dan Uber di Denmark bulan depan.

PENGARAH Kejurulatihan Per­s­­atuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann menegaskan, pemilihan skuad Piala Thomas kali ini bersesuaian de­ngan visi jangka panjang persatuan sukan tersebut.

Membariskan gandingan pemain muda dan senior, Choong Hann berkata, ia adalah inisiatif BAM dalam mempersiapkan skuad terbaik bagi tempoh tiga hingga empat tahun akan datang.

Kehadiran pemain veteran, Liew Daren juga dianggap sesuatu yang positif berdasarkan pe­ngalaman luas dimiliki pemenang pingat gangsa Kejohanan Dunia 2018 itu.

“Sebahagian daripada matlamat pemilihan skuad kali ini adalah sebagai persediaan untuk kejohanan-kejohanan akan datang. Skuad ini bukan sahaja sebagai persiapan untuk Piala Thomas 2022 tetapi demi masa depan.

“Rata-rata pemain ini berusia 22 dan 23 tahun dan mereka akan berada di kemuncak prestasi dalam tempoh empat tahun lagi. Visi kita untuk jangka panjang, namun keputusan positif tetap diperlukan sekarang,” kata Choong Hann.

Pada masa sama, bekas pemain No. 1 dunia itu turut menjelaskan, pemilihan Daren juga wajar memandangkan pemain berkenaan mampu menawarkan kelebihan dari segi pengalaman serta taktikal pasukan.

“Saya tahu peluang harus diberi kepada pemain muda, tetapi kehadiran Daren boleh beri kita lebih ruang untuk atur strategi, sebab itu kita pilih dia.

“Mungkin pemilihan Daren dapat reaksi berbeza daripada pe­minat sukan tanah air, namun kita perlukan seorang pemain berpe­ngalaman dalam skuad,” ujarnya.

Pada saingan Piala Thomas yang akan berlangsung di Aarhus, Denmark bermula 3 hingga 11 Oktober depan, Malaysia diundi dalam kumpulan A bersama musuh tradisi yang juga juara 13 kali, Indonesia, England dan Belanda.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI