fbpx

Bomba selamat tiga lelaki berkayak hanyut masuk pusaran air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba menyelamatkan tiga individu berkayak yang hanyut ke tengah laut akibat pusaran air dalam kejadian di Tanjung Tuan, Port Dickson hari ini.- Foto IHSAN BOMBA

PORT DICKSON – Tiga individu yang sedang berkayak diselamatkan anggota bomba selepas mereka dihanyutkan dan termasuk ke dalam kawasan pusaran air dalam kejadian di Pantai Tanjung Tuan di sini pagi tadi.

Komander Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Zainal Leman berkata, pihaknya mendapat panggilan mengenai kejadian berkenaan pada pukul 8.01 pagi.

“Setibanya di lokasi kejadian kami mendapati terdapat tiga orang lelaki sedang berkayak dan dihanyutkan dalam pusar air selama 30 minit. Tindakan kami adalah mengiringi kesemua mereka menggunakan bot sehingga ke pesisiran pantai.

“Saya difahamkan mangsa sedang memancing dan ombak yang besar telah membawa kayak ke tengah menuju ke pusaran air dan ke tengah laut” katanya hari ini.

Menurut Zainal, pihaknya telah menggunakan sebuah bot jenis aluminium bagi melakukan operasi mencari dan menyelamat menuju ke tengah laut bagi menyelamatkan ketiga-tiga individu berkenaan.

“Kesemua mangsa berada dalam keadaan selamat,” katanya lagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI