fbpx

10,879 saman pandu laju di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Sebanyak 11,464 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam tempoh empat hari pelaksanaan Ops Selamat 17 di seluruh Selangor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, saman paling banyak dikeluarkan melibatkan memandu melebihi had laju sebanyak 10,879 diikuti tidak mematuhi lampu isyarat (318) dan menggunakan alat telekomunikasi semasa memandu (236).

Katanya, kesalahan lain yang turut dikesan adalah memotong barisan dengan 27 saman, memotong garisan berkembar (3) dan satu saman kerana memandu dilorong kecemasan.

“Bagi tempoh sama, sebanyak 1,420 kes kemalangan jalan raya direkodkan dengan 825 kemalangan di jalan bandaran, lebuh raya (219), jalan negeri (182), jalan persekutuan (96) dan 98 kemalangan di lain-lain jalan.

“Statistik ini menunjukkan penurunan sebanyak 634 kes berbanding dalam Op Selamat 16 Tahun Baharu Cina 2020 yang merekodkan sebanyak 2,054 kemalangan bagi tempoh yang sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, sebanyak lapan kes kemalangan maut direkodkan yang kesemuanya melibatkan penunggang motosikal.

Ujarnya, bagaimanapun jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding 14 kematian dalam Op Selamat 16 yang melibatkan 11 penunggang motorsikal dan pejalan kaki (3).

Dalam perkembangan sama, Arjunaidi menjelaskan sebanyak 2,479 rondaan telah dibuat menerusi elemen seperti Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di kawasan-kawasan perumahan yang ditinggalkan sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

“Pihak polis juga telah menerima sebanyak 41 permohonan Borang Balik Kampung yang diisi melalui aplikasi ‘Volunteer Smartphone Patrol’ (VSP) dan sebanyak 228 permohonan melalui Borang Balik Kampung yang diisi di balai-balai polis.

“Tiada sebarang laporan polis diterima berhubung kejadian kes pecah rumah yang ditinggalkan semasa balik kampung sehingga hari ini,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI