fbpx

4 nelayan warga Thailand dicekup tangkap ikan, ceroboh pelantar minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat nelayan warga Thailand yang ditahan selepas menceroboh dan menangkap ikan di pelantar minyak di Kuala Tok Bali, Pasir Puteh semalam. - FOTO: IHSAN APMM KELANTAN

PASIR PUTEH – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Kelantan menahan empat nelayan warga Thailand selepas mereka didapati menceroboh perairan negara dan menangkap ikan di kawasan pelantar minyak di Kuala Tok Bali di sini semalam.

Tangkapan itu dijalankan di lokasi 158 kilometer dari Kuala Tok Bali kira-kira pukul 12.30 tengah hari selepas APMM menerima laporan sebuah bot yang dikendalikan seorang tekong dan tiga awak-awak menghampiri sebuah pelantar minyak.

Pengarah APMM Kelantan, Kepten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab. Rahman berkata, anggota penguat kuasa APMM yang sedang menjalankan rondaan di laut terus bergegas ke pelantar minyak itu sebelum menahan keempat-empat lelaki berusia dalam lingkungan 23 hingga 71 tahun.

Menurutnya, semasa pemeriksaan dijalankan, tekong bot itu gagal menunjukkan sebarang dokumen kebenaran untuk melakukan aktiviti perikanan di perairan negara ini.

“Bot dan kesemua suspek dibawa ke pangkalan operasi APMM Kelantan, Tok Bali, untuk siasatan lanjut.

“Siasatan mendapati, nilai rampasan termasuk bot, tangkapan ikan sebanyak 300 kilogram, minyak diesel 200 liter dan peralatan menangkap ikan dianggarkan berjumlah RM650,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Syed Nor Adli berkata, kesemua nelayan yang ditahan disahkan negatif Covid-19 selepas mereka menjalani ujian saringan.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 dan Seksyen 16(3) akta yang sama. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI