fbpx

Kanak-kanak dua tahun meninggal dunia dipatuk ular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bapa mangsa, Muhammad Eusof memberikan ciuman terakhir pada arwah.

PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak berusia dua tahun dilaporkan meninggal dunia akibat dipatuk ular ketika sedang bercuti di kampung.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika kanak-kanak dengan nama Fayyad itu sedang bermain di halaman luar rumah datuknya.

Kisah menyayat hati itu turut dikongsikan oleh pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKJV), yang dikenali sebagai Mr Wan Cai menerusi hantaran di laman Facebooknya.

Katanya, kanak-kanak itu dimaklumkan bermain seorang diri sebelum ibunya mendengar jeritan kuat mangsa dari arah luar rumah.

“Si ibu terus bergegas keluar dari dalam rumah untuk melihat apa yang terjadi terhadap adik Fayyad selepas mendengar jeritan yang kuat daripada mangsa.

“Adik Fayyad kemudiannya dilihat terbaring di tanah sambil mengerang kesakitan, dan ibunya mendapati kaki kanan anaknya itu terdapat kesan seperti patukan ular,” katanya.

Tambah pemilik akaun tersebut, Fayyad segera dikejarkan ke Hospital Kuala Nerang sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar disebabkan keadaannya yang semakin kritikal.

Lebih menyedikan apabila mangsa disahkan meninggal dunia sekitar pukul 8 pagi semalam dan jenazah telah diuruskan oleh pasukan UKJV.

Sementara itu, Mr. Wan turut merasa sedih dan sayu apabila melihat kedua ibu bapa kanak-kanak tersebut mencium dahi arwah anaknya buat kali terakhir.

“Sayu melihat reaksi kedua ibu bapa ini.

“Anak kesayangan pasangan suami isteri ini hilang dalam sekelip mata,” luahnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI