fbpx

Bas henti-henti kembali beroperasi di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkhidmatan bas henti-henti Mutiara Rentas Desa memulakan operasinya hari ini. FOTO: IHSAN E-MUTIARA

KOTA BHARU – Perkhidmatan bas henti-henti di negeri ini kembali beroperasi bermula hari ini sekali gus memudahkan pergerakan penduduk kawasan luar bandar ke Kota Bharu selepas operasinya ditutup sejak setahun lalu.

Perkhidmatan bas itu dikendalikan oleh Konsortium E-Mutiara Berhad (E-Mutiara) selepas ia dikendalikan oleh Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK) kemudian diambil alih Syarikat Cityliner sebelum ditutup operasinya.

Pengerusi Eksekutif E-Mutiara, Che Ibrahim Che Ismail berkata, operasi bas itu melibatkan perjalanan pergi dan balik setiap hari itu di jenamakan bawah perkhidmatan Mutiara Rentas Desa.

“Kita telah menetapkan sebanyak sembilan laluan iaitu Kota Bharu-Salor-Pasir Mas, Kota Bharu-Gua Musang, Kota Bharu-Tok Bali-Kampung Raja, Kota Bharu-Kuala Krai, Kota Bharu-Pengkalan Kubor dan Kota Bharu- Kemumin-Sabak.

“Selain itu, laluan Kota Bharu-Sabak-Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu-Pantai Cahaya Bulan dan Kota Bharu-Bukit Marak-Bachok turut disenaraikan bawah perkhidmatan ini,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Che Ibrahim memberitahu, perkhidmatan tersebut bermula dari Kota Bharu di Stesen Bas Jalan Hilir Pasar di sini manakala lokasi hentian dalam laluan adalah seperti yang dikendalikan oleh penyedia perkhidmatan yang terdahulu.

Katanya, perkhidmatan fasa pertama hari ini hanya melibatkan tiga laluan terlebih dahulu iaitu Kota Bharu-Salor-Pasir Mas, Kota Bharu-Gua Musang dan Kota Bharu-Tok Bali-Kampung Raja. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI