fbpx

PM sambut Tahun Baharu Cina bersama warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri menyantuni penghuni Pusat Jagaan Warga Emas Selangor King George V Silver Jubilee Fund sempena sambutan Tahun Baharu Cina hari ini.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa mengunjungi Pusat Jagaan Warga Emas Selangor King George V Silver Jubilee Fund di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, beliau dan isteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin menyambut Tahun Baharu Cina bersama 33 warga emas di situ sambil beramah mesra dan makan limau bersama mereka.

“Sempena Tahun Baharu Cina, saya bersama isteri dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun melawat warga emas di pusat jagaan itu,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Ismail Sabri berkata, garis wajah penghuni pusat jagaan itu menunjukkan pelbagai pengorbanan, namun terselit kasih sayang yang amat besar di sebalik senyuman.

“Kasihilah ibu dan ayah kita selagi mereka masih ada. Kasih mereka tiada galang ganti. Terima kasih pusat jagaan yang menjaga mereka dengan amat baik,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI