PUTRAJAYA – Kes harian kembali meningkat melepasi angka 5,000 dengan 5,566 kes Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,876,324 kes.
Semalam jangkitan Covid-19 di seluruh negara mencatatkan sebanyak 4,774 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow.
“Data harian laman CovidNow dikemas kini sekali gus selepas tengah malam,” menurut ciapan Twitter beliau di sini hari ini. – K! ONLINE