fbpx

Mimpi ngeri seorang ibu, rambut anak berpintal dengan mainan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rambut Abigail yang berpintal teruk selepas 150 biji Bunchem dituang ke atas kepalanya. - Liza Tschirling Hoelzle

LONDON – Seorang ibu di London berkongsi pengalaman terpaksa menghabiskan masa 20 jam untuk membuang mainan yang berpintal pada rambut anak perempuannya, lapor akhbar Daily Star UK, semalam.

Menerusi perkongsian di Facebook, Liza Tschirling Hoelzle menceritakan situasi tersebut adalah ibarat mimpi ngeri bagi setiap ibu.

Menurut Hoelzle, anaknya, Abigail sedang bermain bersama rakannya, Noah sebelum kanak-kanak lelaki itu datang memaklumkan terdapat mainan melekat pada rambut gadis kecil itu.

Rupa-rupanya, Noah telah menuang 150 biji mainan Bunchems ke atas kepala Abigail sebagai gurauan namun kesemuanya telah melekat teruk pada rambutnya.

Bunchem adalah sejenis permainan pembinaan yang diperbuat daripada plastik dan berbentuk seperti cangkuk.

“Saya tidak sampai hati untuk memotong rambutnya kerana ia akan menjadi terlalu pendek dan buruk.

“Saya terpaksa menonton banyak video di YouTube bagi belajar cara-cara meleraikan Bunchem itu daripada rambut Abigail,” jelas Hoelzle.

Tambah Hoelzle, anaknya langsung tidak menangis malah bertindak menenangkan dirinya yang panik melihat keadaan itu.

“Abigail sangat tenang malah menganggap perkara itu melucukan. Saya cuma lega selepas 20 jam berhempas pulas, kesemua Bunchem berjaya dibuang dan rambut anak saya kembali seperti biasa,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI