fbpx

Lelaki marah pekerja ‘Drive-Thru’ tampil mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar permohonan maaf yang dibuat oleh Jue Andika di laman YouTube.

PETALING JAYA – Selepas menerima kecaman hebat dari pengguna media sosial, lelaki yang dikenali dengan nama Jue Andika tampil membuat permohonan maaf menerusi laman YouTube miliknya.

Sebelum ini, rakaman yang memaparkan dirinya sedang memarahi pekerja restoran makanan segera ketika memesan makanan secara pandu telah menjadi bualan hangat oleh orang ramai yang rata-ratanya mengecam tindakannya itu kerana dianggap kurang sopan.

Susulan dari kejadian yang berlaku, Jue memuat naik video sebagai tanda memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat dan dia juga memaklumkan telah menghubungi pekerja dan pengurus restoran makanan segera tersebut.

“Saya Jue Andika telah menghubungi pekerja dan pengurus restoran makanan segera itu bagi menyatakan kesalahan terhadap kelakuan saya seperti yang tular di media sosial.

“Saya berjanji tidak akan mengulangi kesalahan tersebut lagi, dan mengakui terlalu ikut emosi semasa kejadian tersebut,” katanya.

Tambah lelaki berkenaan, dia juga memohon maaf kerana tidak tampil membuat video secara lisan disebabkan bimbang sekiranya orang ramai memberikan kata-kata negatif terhadap fizikalnya.

“Saya juga ingin mohon maaf kepada semua kerana tidak dapat menyediakan video saya untuk permohonan maaf ini, kerana bimbang akan wujud ‘body shaming’ terhadap saya dan akan mengganggu emosi dan kesihatan saya,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI