KLANG – Seorang wanita dipercayai kurang siuman berjaya dipujuk dan diselamatkan ketika cuba membunuh diri dari tingkat tiga bahagian balkoni belakang sebuah bangunan hotel di Bandar Baru Klang, malam tadi.
Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, seramai tujuh anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba Sungai Pinang dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 8.13 malam.
“Berdasarkan maklumat awal mendapati wanita berusia 34 tahun berkenaan kurang siuman.
“Mangsa yang mempunyai tekanan perasaan itu berjaya dibawa turun menggunakan tangga,” katanya dalam kenyataan hari ini. -K!ONLINE