fbpx

Lelaki cenderung jadi mangsa ugutan sebar gambar lucah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 4.5 peratus responden lelaki mengaku pernah menjadi mangsa aktiviti peras ugut penyebaran gambar lucah. – Pixabay

MIAMI, FLORIDA – Satu kajian mendapati bahawa golongan lelaki adalah dua kali ganda lebih terdedah untuk menjadi mangsa peras ugut online sejak permulaan pandemik Covid-19, lapor agensi berita United Press International semalam.

Kajian diterbitkan dalam jurnal Victims & Offenders itu mendedahkan bahawa ugutan yang diterima termasuk melibatkan penyebaran gambar lucah, video dan maklumat peribadi.

Penemuan kajian itu dibuat berdasarkan kaji selidik yang dijalankan ke atas lebih 2,000 penduduk dewasa Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2020 dan 2021, ketika waktu kemuncak pandemik Covid-19.

“Ini menunjukkan bahawa lelaki berkemungkinan lebih banyak menghabiskan masa dengan melakukan aktiviti online berbanding wanita ketika pandemik,” kata penulis bersama kajian dari Universiti Antarabangsa Florida, Asia Eaton.

Selain itu, kajian tersebut turut mendapati bahawa golongan muda, berkulit hitam dan wanita asli Amerika selain lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT) turut berisiko tinggi menjadi mangsa kepada jenayah siber yang digelar sextortion.

Sextortion merupakan satu bentuk peras ugut, di mana pemeras ugut mengancam untuk menyiarkan gambar-gambar atau video lucah serta peribadi sekiranya permintaan mereka tidak dipenuhi.

Dalam pada itu, penyelidik bertanyakan kepada 2,006 reponden sekiranya mereka pernah menjadi mangsa jenayah sextortion yang didefinisikan sebagai tindakan mengancam untuk mendedahkan gambar bogel atau lucah sebagai pertukaran kepada pembayaran atau aktiviti seksual.

Daripada keseluruhan responden lelaki, 4.5 peratus mengakui pernah mengalami keadaan itu sejak permulaan pandemik, lebih ramai berbanding wanita sebanyak 2.3 peratus. – AGENSI  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI