fbpx

‘Scammer’ dalam talian dalang jual lesen terbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zailani (tengah) memeriksa tayar sebuah bas ekspres pada Ops Penguatkuasaan Sempena Musim Perayaan Tahun Baharu Cina 2022 di Terminal Bas Lembah Sireh, Kota Bharu semalam. FOTO ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Kegiatan penjualan lesen terbang di negara ini dipercayai didalangi oleh sindiket yang menjalankan kegiatan ‘scammer’ secara dalam talian.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Zailani Hashim berkata, kegiatan itu dikesan semasa pihak JPJ melakukan penyamaran untuk mendapatkan lesen terbang itu sebelum ini.

Menurutnya, menerusi penyamaran itu, pihaknya turut menjadi mangsa kepada sindiket tersebut apabila duit yang dibayar untuk mendapatkan lesen terbang lesap.

“Menerusi semakan dengan pihak Cyber Security Malaysia, kita akan lihat domain dan lokasi pautan pencari sumber seragam (URL) iaitu alamat laman web tersebut. Ia merupakan langkah penyelesaian terakhir untuk kes-kes melibatkan penipuan atas talian.

“Selain itu, kita juga bekerjasama dengan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menjalankan siasatan jika ada pegawai atau anggota JPJ terlibat dengan sindiket lesen terbang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Ops Penguatkuasaan Sempena Musim Perayaan Tahun Baharu Cina 2022 di Terminal Bas Lembah Sireh di sini malam tadi. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI