fbpx

Singa jadi ‘comel’ ketika bangun tidur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan bulu atau rambut Tonga yang kusut masai membuatkan singa itu kelihatan lucu dan comel. - human.kind.photography/Splitpic UK

HARRISMITH, Afrika Selatan – Seorang jurugambar hidupan liar berjaya merakam momen menunjukkan seekor singa jantan bangun daripada tidur dengan bulunya dalam keadaan kusut masai, lapor akhbar Daily Mail, kelmarin.

Simon Needham yang membuat tinjauan di Pusat Pemuliharaan Glenn Gariff berkata dia sangat berpuas hati kerana berjaya merakam foto raja rimba bernama Tonga yang unik itu.

“Kebiasaannya orang melihat singa sebagai binatang ganas dan pemangsa namun menerusi gambar ini, haiwan ini menunjukkan sisinya yang agak kelakar serta comel.

“Saya menunggu dengan sabar sehingga Tonga bangun daripada tidurnya untuk memastikan setiap saat dirakam dengan tepat,” jelasnya.

Tonga merupakan singa paling tua antara 77 ekor singa lain yang turut ditempatkan di pusat pemuliharaan itu.

Ternyata, bukan manusia sahaja yang memiliki hari dengan stail rambut tidak menjadi kerana kadang kala, singa juga mengalami situasi serupa. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI