fbpx

Lelaki mati ditembak pada malam Tahun Baharu Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki mati ditembak di tempat letak kereta sebuah kondominium di Perai malam tadi.

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki warga tempatan ditemui mati dengan kira-kira 12 kesan tembakan dalam kejadian di tempat letak kereta sebuah kondominium di Jalan Baru, Perai di sini malam tadi.

Mangsa berusia 31 tahun itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira pukul 8.45 malam ketika rata-rata masyarakat berketurunan Cina sedang makan besar di rumah masing-masing pada malam Tahun Baharu Cina.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, pihaknya yang bergegas ke lokasi kejadian mendapati mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah di tingkat tiga kondominium itu.

Beliau berkata, polis masih menyiasat jumlah das tembakan yang terkena mangsa, namun sebanyak 12 kelongsong peluru ditemui di sekitar mayat mangsa.

“Mangsa dipercayai diserang dua suspek bersenjatakan pistol.

“Mangsa juga dipercayai menyewa kondominium ini sejak kira-kira lima bulan lalu,” katanya kepada pemberita hari ini.

Mohd. Shuhaily berkata, polis tidak menolak kemungkinan kejadian itu adalah bermotifkan dendam berikutan mangsa turut didapati mempunyai pelbagai rekod jenayah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI