PUTRAJAYA – Sebanyak 13 kes kematian Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kematian terkini mencatatkan sebanyak 31,978 kes.
Menurut data pada laman web CovidNow, tiada kematian dalam tempoh 24 jam semalam.
“Terdapat empat kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID), dengan jumlah kes BID sebanyak 6,446 kes,” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.
Kesemua kematian Covid-19 tersebut dilaporkan di Johor (3), Kelantan (3), Sabah (2), Negeri Sembilan (1), Perak (1), Selangor (1), Terengganu (1) dan Kuala Lumpur (1).
Jumlah kes aktif pula terus meningkat kepada 54,777 kes melibatkan 46,643 kes dikuarantin di rumah, 4,365 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 3,655 kes di hospital, 52 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 62 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -K!ONLINE