fbpx

Amaran ribut petir di Selangor ,Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir bagi negeri Selangor dan Sarawak pada pagi ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan di Facebook berkata, ribut petir serta hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku bagi kawasan Klang dan Kuala Langat di Selangor.

Sehubungan itu, cuaca buruk ini diramal akan berterusan sehingga pukul 10 pagi nanti

Sementara itu, di Sarawak melibat kawasan Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Kapit dan Belaga), Bintulu serta Miri (Subis dan Miri) yang akan menerima hujan lebat serta ribut petir dan akan berterusan sehingga pukul 9 pagi hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI