fbpx

MEDAC sedia jalin kerjasama dengan mana-mana persatuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh Omar (dua dari kanan) melakukan gimik meletakkan pelekat di LED Mobile Truck pada majlis pelancaran Aplikasi dan Laman Sesawang Hari Usahawan Negara (HUN) 2022 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) mengalu-alukan kerjasama dengan mana-mana persatuan bagi melahirkan lebih ramai usahawan tempatan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, pihaknya amat terbuka untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana persatuan dalam memastikan lebih ramai usahawan dapat dilahrkan sama ada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

“Di pihak kementerian kita amat mengalu-alukan dan bersedia mengadakan kerjasama dengan mana-mana persatuan untuk menjayakan harapan kerajaan bagi melahirkan usahawan bukan sahaja di peringkat tempatan malah antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis pelancaran Aplikasi dan Laman Sesawang Hari Usahawan Negara (HUN) 2022 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebentar tadi.

Tambahnya, kerjasama itu juga diharap dapat membantu kerajaan bagi membantu golongan usahawan yang terjejas akibat bencana banjir.

“Kalau tiada kerjasama dijalankan mungkin amat sukar bagi pihak kementerian untuk mendapatkan maklumat, begitu juga kalau ada apa-apa bantuan yang perlu disampaikan kepada rakyat atau usawahan-usahawan yang terjejas,” ujarnya.

Jelasnya, kerjasama tersebut juga amat penting bagi memerangi masalah orang tengah.

“Seperti kita semua sedia maklum, kenaikan harga barang yang terjadi kini kebanyakannya berpunca daripada orang tengah.

“Justeru itu, kerjasama semua pihak amat penting bagi memerangi masalah orang tengah ini,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI