fbpx

Selangor anjur sambutan Tahun Baharu Cina secara maya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin.

SHAH ALAM – Kerajaan negeri akan menganjurkan sambutan Tahun Baharu Cina secara maya, esok.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, penganjuran melalui platform digital itu akan bermula pukul 9 malam.

Justeru itu, beliau menjemput semua untuk sama-sama menyertai sambutan tersebut selepas selesai menjamu juadah bersama keluarga masing-masing.

“Saya mengharapkan yang terbaik untuk semua untuk terus cekal dan tidak putus asa dan terus bekerja bagi meneruskan kehidupan kita dalam keadaan wabak yang masih menghasilkan varian baharu.

“Saya pasti sambutan kali ini akan penuh meriah walaupun terdapat beberapa Tatacara Pengendalian Piawai (SOP) yang masih perlu kita tepati pada ketika ini,” katanya sempena perutusan Tahun Baharu Cina hari ini.

Dalam pada itu, Amirudin memberitahu, sehingga akhir bulan Januari, Bantuan Selangor Bangkit RM1,000 berjaya diberikan kepada 53,908 keluarga yang terkesan dengan peruntukan RM54.038 juta termasuk bantuan kepada keluarga yang kehilangan ahli tersayang akibat banjir.

Tambahnya, usaha-usaha pembersihan terutamanya di kawasan yang paling terkesan banjir telah siap sepenuhnya dan kini memasuki fasa pemulihan infrastruktur termasuk jalan-jalan negeri, infrastruktur komunikasi serta saliran dan rumah-rumah yang hanyut akibat banjir.

“Selain itu, golongan peniagaan dan industri dijangka turut dijangka turut mendapat limpahan manfaat Belanjawan 2022 kelak hasil daripada peruntukan awalan RM5 juta untuk Pembangunan Kompleks Perumahan Pekerja Selangor.

“Ini melibatkan keluasan 58.67 hektar yang telah dikenalpasti di seluruh negeri bagi menepati Akta 446 yang mampu menjanjikan keselesaan yang lebih baik untuk para pekerja,” jelasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI