fbpx

Sejumlah 91,945 saman direkodkan JPJ Johor tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azmil Zainal (kiri) bertanya sesuatu kepada pemandu kenderaan menerusi Ops Khas Sempena Sambutan Tahun Baru Cina di Plaza Tol Skudai, di sini hari ini. /FOTO RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor telah mengeluarkan sebanyak 91,945 saman atas pelbagai kesalahan terhadap pengguna jalan raya di seluruh negeri ini sepanjang tahun 2021.

Pengarahnya, Azmil Zainal Adnan berkata, jumlah itu merupakan pengurangan berbanding tahun 2020 yang menyaksikan sebanyak 100,944 keping saman dikeluarkan sepanjang tahun berkenaan.

Menurut beliau, pengurangan itu dilihat berpunca daripada faktor pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam usaha kerajaan mengekang penularan pandemik Covid-19 ketika itu.

“Jumlah saman yang dikeluarkan itu melibatkan tujuh kesalahan utama dimana kesalahan tertinggi melibatkan kesalahan lesen vokasional sebanyak 37,704 saman, diikuti kesalahan tiada lesen memandu sebanyak 11,097 saman.

“Kesalahan lain termasuklah tiada cukai kenderaan, tidak patuh lampu isyarat, memotong garisan dan lain-lain,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan selepas meninjau pelaksanaan Ops Khas Sempena Tahun Baharu Cina di Plaza Tol Skudai, di sini hari ini.

Tambah beliau, sempena sambutan Tahun Baharu Cina ini, pihaknya akan memberi tumpuan kepada pemeriksaan bas di lapan buah depoh yang terdapat di seluruh Johor.

“Kita juga melakukan pemeriksaan di dua buah terminal bas iaitu di Larkin, Johor Bahru dan Bentayan, di Muar.

“Antara kaedah yang diguna adalah rondaan di lebuh raya, jalan-jalan utama, penguatkuasaan bermotosikal dan juga penyamaran sebagai penumpang bas,” jelasnya. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI