fbpx

Bapa Harriet pertahan Greenwood

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN polis juga turut berada di kediaman Greenwood untuk mendapatkan kenyataan berhubung dakwaannya memukul Harriet. – AGENSI

MANCHESTER – Bapa kepada teman wanita yang dibelasah oleh bintang bola sepak Manchester United, Mason Greenwood, Harriet Robson tampil mempertahankan pemain ber­kenaan.

Alan Robson dalam satu temu bual mendedahkan bahawa perkara itu nyata mengejutkan dirinya dan keluarga selepas mengetahuinya pada awal pagi kelmarin.

“Sebagai seorang bapa, sudah tentu saya tidak mahu perkara itu berlaku terutama terhadap anak perempuan saya. Polis sudah menemuinya dan dia juga telah memberikan kenyataan yang diperlukan.

“Dia (Harriet) memberitahu saya bahawa telefonnya telah digodam. Kami memberitahunya supaya memadam video ber­kenaan dan dia telah melakukannya. Namun, ia sudah terlambat apabila perkara itu sudah tersebar.

“Dia sangat kecewa kerana tidak mahu ia tersebar. Kami mengenali Mason ketika dia masih bermain untuk skuad bawah 21 tahun. Dia adalah sebahagian daripada keluarga ini sejak dua atau tiga tahun lalu.

“Hubungan Mason dan Harriet tidak begitu baik sejak beberapa bulan lalu. Anak saya sangat kecewa dengan apa yang berlaku,” katanya.

Kenyataan daripada Alan itu mendapat reaksi yang pelbagai apabila ada yang menganggap dia seorang bapa yang tidak bertanggungjawab kerana gagal mempertahankan anaknya sendiri.

Selain itu, ada juga netizen yang menuduh bahawa lelaki tersebut cuba mempertahankan Greenwood kerana seorang yang mata duitan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI