fbpx

United gantung aksi Greenwood seketika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GREENWOOD terpalit dengan dakwaan perlakuan ganas selepas video kecederaan yang alami teman wanitanya tersebar kelmarin. – AFP

MANCHESTER – Manchester United mengambil keputusan menggantung penyerang, Mason Greenwood buat sementara selepas dia berdepan tuduhan melakukan keganasan terhadap seorang wanita.

Sebelum ini, The Red Devils mengambil pendekatan menu­tup mulut berhubung isu tersebut selain menegaskan mereka tidak akan berkompromi dengan sebarang perlakuan ganas.

Bagaimanapun, selepas isu itu menjadi semakin besar de­ngan pendedahan yang dilakukan mangsa di media sosial, United akhirnya mengambil keputusan menggantung pemain berusia 20 tahun itu.

“Mason Greenwood tidak akan kembali untuk menjalani sebarang latihan dan juga perlawanan sehingga dimaklumkan kelak,” kata kelab tersebut dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Karier Greenwood mungkin berada dalam bahaya apabila mangsa berkongsi video, gambar serta rakaman suara berhubung perkara tersebut di Instagram miliknya sebelum di­padam.

Dalam pada itu, polis Manchester turut mengesahkan tangkapan sudah dibuat dan suspek akan ditahan bagi tujuan soal siasat berhubung laporan keganasan fizikal yang dilakukan terhadap seorang wanita.

“Polis Manchester ambil maklum mengenai gambar dan video dikongsikan oleh seorang wanita yang membuat laporan berhubung keganasan fizikal. Siasatan sudah dilakukan dan seorang lelaki 20-an ditangkap atas tuduhan rogol dan pukul,” jelas kenyataan itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI