fbpx

Lelaki tidur, letak kereta tengah jalan kampung ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta jenis Honda Civic dipandu seorang lelaki telah dialihkan ke tepi jalan selepas ditemui berada di tengah-tengah jalan di Kampung Kubang Edang, Peringat dekat Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Seorang lelaki ditahan selepas dia dipercayai tertidur dan memberhentikan kereta yang dipandunya di tengah-tengah jalan di Kampung Kubang Edang, Peringat di sini pagi tadi.

Kejadian kira-kira pukul 6.45 pagi itu diketahui oleh seorang penduduk kampung, Ariffin Mat, 65, selepas seorang penjawat awam yang ketika itu sedang dalam perjalanan ke tempat kerja memaklumkan penemuan kereta tersebut kepadanya.

Menurut Ariffin, dia bersama beberapa penduduk kampung bergegas ke tempat kejadian sebelum melihat sebuah kereta jenis Honda Civic berwarna merah berada dalam keadaan enjin masih hidup dan lampu menyala di tengah jalan.

“Saya bersama beberapa penduduk menjenguk ke dalam kereta dan mendapati seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an sedang tertidur. Saya kemudian mengejut lelaki itu dengan mengetuk cermin keretanya beberapa kali.

“Beberapa minit kemudian, lelaki terbabit kelihatan separuh sedar sebelum saya menyuruhnya untuk mengalihkan kereta itu ke kawasan lapang,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Ariffin memberitahu, salah seorang penduduk yang curiga dengan perbuatan lelaki itu terus menghubungi pihak polis selepas melihat suspek dipercayai membawa senjata berbahaya dan bahan terlarang di dalam keretanya.

Tambahnya, lelaki itu juga mendakwa dia baru tinggal di kampung tersebut.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd. Suhaimi Ali ketika dihubungi mengesahkan pihaknya telah membuat tangkapan terhadap seorang lelaki dan merampas sebuah kereta pagi tadi.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan lanjut terhadap lelaki itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI