fbpx

Konvoi kebebasan ‘takluki’ Ottawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Konvoi penuntut kebebasan dari peraturan Covid-19 berkumpul di hadapan Parlimen Kanada di Ottawa, kelmarin. - EPA

OTTAWA, Kanada – Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau dan keluarganya terpaksa ‘melarikan’ diri dari kediaman rasmi mereka menuju ke sebuah lokasi rahsia susulan tunjuk perasaan besar-besaran membantah peraturan vaksinasi, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Demonstrasi  yang dibuat bagi membantah mandat vaksin di Kanada itu disertai oleh kira-kira 50,000 pemandu lori dan treler.

Tunjuk perasaan yang digelar Konvoi Kebebasan itu dibuat selepas kerajaan mewajibkan vaksinasi penuh terhadap semua pemandu lori yang mahu merentas sempadan ke Amerika Syarikat (AS).

Kanada dan AS mengenakan syarat itu pada pertengahan bulan ini sekali gus menjejaskan pendapatan pemandu yang melintasi sempadan sejauh  9,000 kilometer (km) untuk menghantar pelbagai barangan.

Pergerakan tunjuk perasaan semakin meluas apabila konvoi tersebut turut disertai oleh mereka yang dalam perjalanan ke ibu negara Kanada.

Tempat perhimpunan mereka ialah Bukit Parlimen, di tengah-tengah bandar Ottawa.

Selain mengibarkan bendera Kanada dan sepanduk bertulis ‘Kebebasan’, kebanyakan penduduk yang menyertai perarakan ini turut menyatakan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan secara keseluruhannya.

Media Kanada berkata, perdana menteri dan keluarganya telah diiringi keluar dari rumah mereka dan dibawa ke lokasi rahsia di ibu negara selepas kebanyakan kemarahan penunjuk perasaan ditujukan kepada Trudeau.

‘Saya mahu semuanya berhenti, langkah ini tidak wajar,’ kata seorang penunjuk perasaan , Philippe Castonguay, 31 tahun, di luar bangunan Parlimen.

Dia sanggup memandu tujuh jam dari wilayah Quebec untuk menyatakan perasaannya bahawa  mandat vaksinasi penuh bukan sebab dia memilih kerajaan pimpinan Trudeau.

Sehingga kini, 82 peratus warga Kanada berumur lima tahun dan ke atas telah divaksinasi terhadap Covid-19. Dalam  kalangan orang dewasa, angka itu adalah 90 peratus. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI