fbpx

Tonton 3 beruang comel sambil berpesta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga beruang comel We Bear Bears bakal muncul dalam versi filem.

UNTUK peminat setia tiga beruang comel Ice, Panda dan Grizz dalam siri We Bare Bears, buat pertama kalinya, versi filem animasi berkenaan akan ditayangkan pada 12 September ini pukul 11 pagi menerusi saluran Cartoon Network.

Kisah tiga beruang kutub, panda dan grizzly lakonan suara Eric Edelstein, Demetri Martin dan Bobby Moynihan itu turut ditayangkan menerusi saluran WarnerMedia yang lain seperti Boomerang, HBO, Warner TV, Oh!K serta perkhidmatan penstriman HBO GO dan Cartoon Network Watch & Play.

We Bare Bears yang ditulis oleh Daniel Chong mula ditayangkan 27 Julai 2015 pernah memenangi beberapa anugerah antaranya di BAFTA Children’s Awards 2016, Annie Awards dan Annecy Festival pada 2018.

MENERUSI filem We Bear Bears: The Movie, tiga sahabat bernama Ice, Panda dan Grizz akan menempuh pengalaman baharu setelah dihalau dari rumah mereka.

We Bare Bears: The Movie mengisahkan trio beruang terbabit menerima ancaman daripada ejen Trout dari Pusat Kawalan Hidupan Liar Nasional yang berjanji untuk mengembalikan keamanan semula jadi dengan memisahkan mereka selama-lamanya.

Selepas dihalau keluar dari rumah mereka, Grizz memutuskan untuk berpindah ke Kanada.

Sepanjang kembara tiga sekawan itu, mereka bertemu dengan kawan-kawan baharu, rintangan berbahaya termasuk pesta besar-besaran.

Dalam tempoh tersebut, mereka juga bercerita tentang pengalaman pertemuan pertama dan bagaimana menjadi saudara selain memastikan ikatan keluarga tidak terpisah.

Menjelang pelancaran filem berkenaan ke televisyen 12 September nanti juga, peminat sebenarnya berpeluang menyaksikan episod-episod terbaik We Bare Bears dalam tayangan tiga minggu istimewa yang disiarkan setiap pukul 4 petang bermula 24 Ogos hingga 11 September ini menerusi saluran Cartoon Network.

Siaran setiap minggu akan menampilkan episod khusus mengenai keunikan karakter dan asal usul tiga watak popular.

WE Bear Bears: The Movie akan menemui peminat pada 12 September ini.

Selain Edelstein, Martin dan Moynihan yang melakonkan watak Ice, Panda dan Grizz, We Bare Bears: The Movie turut menampilkan lakonan suara Cameron Esposito sebagai renjer Dana Tabes, Ellie Kemper (Lucy), Jason Lee (Charlie), Patton Oswalt (Nom Nom), Mel Rodriguez (Darrell Zaragosa) dan Charlyne Yi (Chloe Park).

Turut tampil sebagai bintang suara undangan ialah Marc Evan Jackson sebagai Ejen Trout dan Jimmy O.

Memeriahkan tayangan perdana We Bear Bears: The Movie, Cartoon Network akan mengadakan #CNWatchParty secara maya buat pertama kali untuk penonton di Asia dengan pesta bertema Idea dan Aktiviti We Bare Bears.

Penonton diajak berkongsi reaksi langsung semasa tayangan perdana filem dengan menambahkan tanda pagar #CNWatchParty dan #WeBareBears dalam media sosial.

Bagi merealisasikan suasana pesta, peminat di Malaysia juga boleh memuat turun kit pesta We Bare Bears: The Movie dan menikmati aktiviti menghiburkan lain seperti video, permainan dan kuiz eksklusif menerusi https://cartoonnetworkasia.com/webarebearsthemovie.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN