fbpx

Kanye dilarang masuk Australia jika gagal kemuka sijil vaksinasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kanye West dilarang masuk ke Australia jika belum divaksin sepenuhnya. - Hello Magazine / Wikimedia

CANBERRA, Australia – Kerajaan Australia memberi amaran keras kepada penyanyi rap popular  Amerika Syarikat (AS), Kanye West agar mematuhi arahan untuk mendapatkan suntikan vaksin lengkap sekiranya dia berhasrat membuat konsert jelajah di negara itu.

Menurut laman berita Thaiger semalam, Australia memandang  serius insiden pemain tenis nombor satu dunia, Novak Djokovic yang dihantar pulang kerana gagal mengemukakan sijil vaksinasi semasa menyertai Terbuka Australia  awal bulan ini.

West baru saja mengumumkan perancangan konsert jelajah di Australia pada Mac ini, namun sehingga kini, status imunisasi bekas suami Kim Kardashian itu kekal rahsia.

Rapper itu pernah membuat beberapa kenyataan berbaur anti vaksin seperti mengatakan bahawa suntikan vaksin adalah untuk meletakkan cip kawalan dalam badan manusia.

“Saya sangat berhati-hati apabila kerajaan mengatakan satu-satunya cara untuk mengatasi pandemik ini adalah menerusi suntikan vaksin.

“Kita tidak tahu apa kandungan vaksin dan ia mungkin memiliki cip kawalan yang tidak diketahui,” kata West dalam satu temu bual.

Sementara itu, Perdana Menteri Australia, Scott Morrison berkata, mana-mana individu yang mahu memasuki negara itu perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan tanpa mengira status.

“Ikut peraturan negara ini. Jika anda sudah divaksinasi penuh, silakan datang namun jika tidak, batalkan sahaja hasrat itu,” tegas Morrison. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI