fbpx

MCA masih belum sertai PN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WEE Ka Siong

Oleh NUR SHARIEZA ISMAIL

SEPANG – MCA memberi bayangan parti itu masih belum menyertai Perikatan Nasional (PN) secara sah.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, bagaimanapun sebagai salah sebuah parti yang membentuk Kerajaan Persekutuan, MCA akan sentiasa memberi sokongan penuh tanpa berbelah bahagi kepada Barisan Nasional (BN).

“Saya hanya hendak kata dalam konteks BN ia mengandungi UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Sabah (PBS). Itu sahaja, jadi kita adalah sebahagian daripada kerajaan memerintah iaitu Kerajaan PN,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan platform e-dagang Shopmy Airports di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Malaysia Airports, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd. Shukrie Mohd. Salleh.

Beliau mengulas sama ada MCA sudah didaftarkan secara rasmi dalam PN bagi mendukung perikatan itu sebagai gabungan besar mewakili kerajaan pemerintah.

Sebelum ini, media melaporkan PN dijangka disertai oleh lima parti termasuk daripada komponen BN yang telah membuat pendaftaran dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) bagi menubuhkan perikatan itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI