DUNGUN – Jenazah Awang@Muda Embong, 73, yang merupakan bapa Datuk Mohammad Azizulhasni selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Syed di sini, sebentar tadi.
Allahyarham Awang selamat dikebumikan bersebelahan pusara ibunya, Rokiah Husain pada pukul 2.45 petang
Terdahulu, solat jenazah Allahyarham dilaksanakan di Surau Ustaz Omar Shukri di sini selepas solat zohor sebelum dibawa ke tanah perkuburan.
Turut mengiringi Allayarham ke tanah perkuburan, ahli keluarga dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Terengganu, Mohd. Izwandy Ismail.
Awang meninggal dunia akibat strok di kediamannya di Kampung Nibong Stesen pada pukul 2 pagi tadi. – K! ONLINE