fbpx

MBPJ serah bantuan kepada 50 masyarakat Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Azhan (dua dari kiri) bersama keluarga penerima bantuan MBPJ dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Tahun Baharu Cina di Ibu Pejabat MBPJ di sini pada Jumaat lepas.

PETALING JAYA – Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menyerahkan bantuan wang tunai RM250 berserta hamper kepada 50 buah keluarga masyarakat Cina dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Tahun Baharu Cina di Ibu Pejabat MBPJ di sini pada Jumaat lepas.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan MBPJ, ia merupakan program tahunan MBPJ bagi memberi khidmat komuniti dalam membantu meringankan beban golongan B40 terutamanya dalam kalangan ibu tunggal, warga emas dan keluarga yang mempunyai tanggungan anak ramai untuk menyambut Tahun Baharu Cina.

“Penganjuran program ini juga bertujuan untuk mendekati, membantu serta memberi perhatian kepada golongan berkenaan sebagai usaha untuk mengeratkan lagi hubungan mesra dan penuh kasih sayang antara MBPJ dan masyarakat di Petaling Jaya.

“Program ini juga adalah selaras dengan konsep 10 Program Berimpak Tinggi (10 Thematic Project) yang disusun oleh MBPJ dalam pelan pembangunan bandar yang memberi fokus kepada pembangunan golongan miskin bandar dan kesejahteraan komuniti selain membantu golongan B40 untuk menikmati hari perayaan yang disambut,” katanya di sini hari ini.

Jelasnya, penerima sumbangan tersebut merupakan peserta yang berdaftar di bawah Program Pembangunan Komuniti Bandar MBPJ.

Tambahnya, wang sumbangan dan hamper disampaikan oleh Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Azhan Md. Amir.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI