fbpx

MBI bersihkan kawasan terjejas kejadian ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada petugas MBI membersihkan kawasan yang terjejas akibat serangan ribut di Taman Tasik Damai, Ipoh pagi tadi.

IPOH – Kerja -kerja mengalihkan kepingan zink, dahan pokok tumbang dan lain-lain sisa runtuhan di semua kawasan yang terlibat dalam kejadian ribut petang semalam dilakukan oleh pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) pagi ini.

MBI dalam satu kenyataan memberitahu, lebih 100 petugas dikerah untuk membersihkan sisa kepingan zink yang berterbangan dan lain-lain termasuk serpihan kayu.

“Kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan oleh Bahagian Perkhidmatan Bandar MBI di semua kawasan yang terlibat dalam tiupan angin semalam.

“Beberapa lori besar digunakan dan kerja-kerja ini akan diselesaikan segera,” ujar kenyataan itu.

Kejadian angin ribut berlaku di sekitar bandaraya Ipoh mulai pukul 6 hingga 6.30 petang semalam telah menyebabkan kerosakan rumah penduduk di beberapa lokasi.

Antara lokasi terjejas ialah Kampung Tawas, Taman Tasik Damai, Taman Desa Seri Chepor, Kampung Seri Klebang Tambahan Jaya dan lain-lain kawasan berhampiran.

Lebih 300 rumah penduduk mengalami kerosakan tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI