JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial memperlihatkan senario pelanggan bersenjatakan sabit yang cuba menyerang seorang tukang gunting rambut, lapor laman berita Suara.com.
Video itu dimuat naik ke akaun Instagram bernama @info_banyuresmi.
Kejadian tersebut dirakam sistem televisyen litar tertutup (CCTV) di dalam sebuah kedai gunting rambut di daerah Bogor, Jawa Barat.
Pelanggan itu dikatakan berang kerana tidak berpuas hati dengan hasil potongan yang tidak menepati kehendaknya.
Dia juga dikatakan mengalami kesan luka akibat terkena pisau pencukur.
Bagaimanapun, tukang gunting rambut tersebut sempat melarikan diri ke belakang kedainya.
Netizen di ruangan komen turut memberikan pandangan mengenai kejadian tersebut.
“Bukan kerana salah cukur, tapi jerawat terkena pisau cukur lalu berdarah,’’ tulis seorang netizen.
“Hanya satu perkataan, lawan,’’ tulis netizen lain. – Agensi