fbpx

Nadal cipta rekod Grand Slam ke-21

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nadal.

MELBOURNE – Bintang tenis dunia, Rafael Nadal menepati ramalan apabila berjaya merangkul gelaran Grand Slam ke-21 selepas menjuarai Terbuka Australia sebentar tadi.

Bagaimanapun, perjalanan Nadal untuk meraih kemenangan tidak semudah disangka apabila jaguh berusia 36 tahun dipaksa bermandi peluh untuk mengatasi Daniil Medvedev dalam pertarungan lima set.

Nadal yang ketinggalan dua set perlawanan awal menggunakan pengalaman yang ada sebelum bangkit menundukkan pemain dari Rusia itu 2-6, 6-7, 6-4, 6-4, 7-5 di Arena Rod Laver dalam tempoh lima jam 24 minit.

Hasil kemenangan tersebut, Nadal kini menjadi pemain perseorangan lelaki memegang rekod kejuaraan Grand Slam paling banyak.

Sebelum ini, Nadal berkongsi rekod 20 kejuaraan Grand Slam bersama-sama seteru utama, Novak Djokovic dan Roger Federer.

Keputusan itu juga menyaksikan ia merupakan gelaran keduanya di Terbuka Australia selepas kali pertama pemain Sepanyol itu memenanginya pada tahun 2009. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN