fbpx

SPRM nafi pegawainya lakukan intimidasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan tuduhan bahawa pegawainya melakukan intimidasi sebagaimana yang didakwa oleh Ahli Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah menerima dua aduan terhadap Ahli Parlimen berkenaan dan sedang menjalankan siasatan berhubung perkara tersebut.

“SPRM ingin menegaskan bahawa proses siasatan perlu dijalankan setelah terdapat aduan rasmi berhubung sesuatu kesalahan rasuah dan penyelewengan sebagaimana peruntukan undang-
undang.

“Setiap siasatan yang dijalankan adalah mengikut prosedur operasi standard (SOP) dengan menemu bual beberapa saksi yang terlibat. SPRM tidak akan tunduk kepada tekanan dari mana- mana pihak untuk mengalihkan isu rasuah dan penyelewengan dengan pelbagai tekanan yang sengaja dibuat,” katanya hari ini.

Katanya, siasatan yang dijalankan akan berteraskan prinsip ketelusan, keadilan dan profesionalisme serta berlandaskan undang-undang yang diperuntukkan.

Justeru itu, SPRM berharap agar pihak yang terlibat memberikan kerjasama penuh dan berhenti mensensasikan proses siasatan tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI