fbpx

NS Antlers benam ‘abang’ Bomba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NS Antlers meraih lima kemenangan pada saingan pusingan pertama STL termasuk menewaskan Bomba Fighters sebentar tadi.

PASUKAN Negeri Sembilan (NS) Antlers menutup tirai pusingan pertama Liga Sepak Takraw (STL) dengan lima kemenangan selepas berjaya menafikan kebangkitan Bomba Fighters di Stadium Titiwangsa petang semalam.

NS Antlers yang tumpas kepada Kuala Lumpur (KL) Thunder pada Jumaat lalu enggan mengulangi kekecawaan tersebut apabila bangit mencatat kemenangan 2-1 dengan keputusan 21-16, 19-21, 21-7 sekali gus mencatat lima kemenangan daripada sembilan perlawanan.

Apit Kiri NS Antlers, Zulefendi Sumari mengakui gembira dengan prestasi pasukannya sekali gus yakin mereka mampu tampil lebih baik menjelang aksi perlawanan minggu kelima nanti di Titiwangsa.

“Saya akui pasukan sedikit lalai ketika Bomba bangkit mencatat kemenangan pada set kedua perlawanan. Pasukan lawan dilihat lebih bersedia untuk tampil lebih baik.

“Apa pun, saya amat berpuas hati dengan apa yang pasukan capai ketika ini dan kami melakukan dengan cukup baik malah berjaya mengumpul mata penting sepanjang empat minggu perlawanan ini,” katanya.

Sebaik sahaja pusingan pertama selesai, perlawanan musim ini, akan berehat selama seminggu sebelum pusingan timbal balik bersambung di tiga buah negeri iaitu bermula di Kelantan, Pulau Pinang dan Perak.

“Saya berharap pasukan lebih bersedia ketika perlawanan memasuki pusingan kedua nanti. Saya yakin cabaran lebih sengit dan kami perlu meningkatkan mutu permainan,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI