fbpx

Peniaga Myanmar ditahan simpan 110 karton rokok tiada cukai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rokok pelbagai jenama yang dirampas dari kedai milik warga Myanmar di Kamunting Taiping.- Ihsan Polis Taiping.

TAIPING – Seorang lelaki Myanmar ditahan polis kerana memiliki 110 karton rokok tanpa cukai bernilai RM14,500 dalam satu pemeriksaan di sebuah kedai runcit di Kamunting semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, pihaknya sebelum itu mendapat maklumat dari seorang pegawai Pasukan Polis Marin (PPM) di Kampung Acheh Sitiawan berkenaan perkara itu.

“Bertindak atas maklumat tersebut, pegawai PPM itu bersama anggota dari Balai Polis Kamunting telah membuat serbuan di sebuah kedai runcit di Kamunting pada pukul 8 malam semalam.

“Seorang lelaki Myanmar berusia 40 tahun telah mengaku bahawa beliau adalah pemilik premis tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Osman, pemeriksaan yang dilakukan polis menjumpai rokok pelbagai jenama tanpa cukai kastam. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI