fbpx

Kedutaan Malaysia di Seoul beroperasi semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedutaan Besar Malaysia di Seoul, Korea Selatan - WISMA PUTRA

PUTRAJAYA – Bangunan Kedutaan Besar Malaysia di Seoul, Korea Selatan akan kembali beroperasi seperti biasa bermula Isnin ini setelah ditutup sementara waktu pada Jumaat lalu.

Menurut kenyataan Ketua Canserinya yang turut disiarkan Wisma Putra di sini hari ini, segala perkhidmatan konsular di kedutaan tersebut juga bakal dibuka semula pada 31 Januari depan.

“Pihak kedutaan turut ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada agensi perkhidmatan kecemasan di Republik Korea,” jelasnya.

Canseri diplomatik Malaysia terletak di daerah Hannam-dong itu mengalami kebakaran kecil di tingkat dua bangunan pejabat tersebut pada pukul 9.38 pagi waktu tempatan Jumaat lepas.

Agensi berita rasmi Yonhap melaporkan, kebakaran itu namun telah berjaya dipadam dalam tempoh 17 minit sahaja dan insiden tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa yang serius.

Ia dipercayai berpunca daripada alat pemanas di aras tersebut dan menyebabkan kira-kira 20 orang yang berada dalam kedutaan berkenaan dipindahkan segera ke kawasan selamat.

Pihak berkuasa negara tersebut dilaporkan mendapati kesan kebakaran kecil berkenaan turut telah memusnahkan sebahagian dinding pejabat di bangunan yang berusia 40 tahun itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI