fbpx

‘Dah 7 kali datang, masih tak dapat jumpa anak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video perkongsian seorang wanita yang memaklumkan bekas suaminya enggan membenarkannya berjumpa dengan anak.

PETALING JAYA – Perceraian pasangan suami isteri sering menjadikan anak sebagai mangsa apabila hak mereka untuk mendapatkan kasih sayang keluarga kandung terabai.

Menerusi perkongsian seorang wanita yang dikenali dengan nama Nor yang memuat naik video memaparkan bekas suaminya enggan membenarkannya berjumpa dengan anak selepas mereka berpisah.

Lebih memeritkan, apabila dia sudah datang ke rumah lelaki itu sebanyak tujuh kali, namun masih dihalang untuk bersama anaknya.

Menurut Nor, anaknya kini tinggal bersama bekas suaminya yang juga telah berkahwin lain.

Katanya, dia mempunyai hak untuk berjumpa dengan anaknya itu memandangkan statusnya sebagai ibu kandung.

Tambahnya lagi, lelaki tersebut langsung tidak menghiraukan permintaannya untuk berjumpa dengan anak dan bertindak membiarkannya begitu sahaja berdiri di luar pintu pagar rumah.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, orang ramai turut meninggalkan pelbagai reaksi dan ada juga pengguna yang mendoakan agar urusan wanita itu untuk berjumpa dengan anaknya dipermudahkan.

“Saya tak faham, kenapa susah sangat nak bagi seorang ibu untuk berjumpa dengan anak, saya pun macam itu, yang berpisah kita yang tua, tapi anak-anak jadi mangsa tak boleh nak jumpa ibu bapa kandung sendiri,” luah Asyiqin Syakilah.

“Penat isteri mengandung dan melahirkan zuriat itu, jangan pisahkan ibu dan anak. Kesian,” ujar Hayati Ahmad.

“Ya Allah, permudahkan urusan wanita ini untuk bersama anaknya,” kata Air. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI