fbpx

BBNU serumpun sedia gegar Big Stage 4

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SERAMAI 11 peserta dalam kalangan ‘BBNU’ dari tiga negara serumpun bakal berentap selama lapan minggu bagi merebut gelaran juara Big Stage musim keempat.

PROGRAM realiti yang sinonim dengan golongan ‘Budak Baru Nak Up’ (BBNU), Big Stage 2022 musim keempat (BS4) kembali menemui penonton bermula 6 Februari ini.

BS4 kali ini menyaksikan persaingan kompetitif antara 11 bintang utama yang mewakili tiga negara serumpun iaitu Malaysia, Brunei dan Indonesia selama lapan minggu.

Seramai sembilan ‘BBNU’ dari Malaysia telah terpilih untuk beraksi di pentas berprestij tersebut.

Sementara dua bintang lain dari Brunei dan Indonesia.

Lima peserta wanita yang akan berentap untuk musim ini ialah Aisha Retno, Elica Paujin, Lia Aziz, Yazmin Aziz dan Sofiaa Marieylla.

Sementara itu, enam bintang lelaki pula terdiri daripada Megat Rahim, Ajoi Zainal, Danial Chuer, Tuah Adzmi, Syafiq Abdillah (Brunei) dan Tegar Septian (Indonesia).

BS4 masih mengekalkan format asal penjurian yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu berdasarkan pemarkahan barisan panel juri dan undian peminat secara dalam talian.

SEMUSIM berehat daripada tugas penjurian, penyanyi tersohor Siti Nurhaliza kembali menyertai barisan panel juri bersama komposer terkenal, Ajai. – AZRUL RAFIE

Pengurus Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd. Salleh berkata, sebagai pemain utama industri kandungan kreatif tanah air, Astro amat gembira melihat kebangkitan semula dunia seni hiburan yang kembali rancak meskipun kemelut pandemik masih lagi belum berkesudahan sehingga ke hari ini.

“Sambutan hangat dan sentimen positif terhadap penganjuran program realiti Gegar Vaganza dalam platform Astro Ria yang sudah melabuhkan tirainya baru-baru ini dilihat sebagai penanda aras serta pemangkin semangat buat kami untuk terus menganjurkan sebuah lagi pertandingan berskala besar yang bertaraf tinggi.

“Menerusi BS4, kami sekali lagi membuka ruang perkongsian kreatif khusus buat generasi ‘BBNU’ di peringkat serumpun untuk mengembangkan bakat dan potensi diri.

“Setiap peserta perlu bijak merebut peluang yang ada untuk beraksi dengan cemerlang di pentas komersial secara langsung seumpama ini kerana mampu memberi anjakan terhadap prestasi dan hayat seni mereka,” katanya.

Tambah Norzeha, kehadiran nama-nama besar yang menjadi tonggak utama program Big Stage seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ajai, Alif Satar dan Sherry AlHadad pastinya melonjakkan kredibiliti penganjuran program tersebut.

Ujarnya lagi, bagi menyuntik pembaharuan segar agar lebih telus, buat pertama kalinya proses pemberian markah oleh panel juri akan dibuat secara langsung atau ‘live marking’ iaitu setiap pemarkahan akan tertera di skrin untuk tontonan umum.

Sekadar info, penyanyi Sarah Suhairi berjaya merangkul gelaran juara sewaktu penganjuran musim pertama (2018), sementara bintang dari Korea Selatan, Han Byul dinobatkan sebagai juara musim kedua, manakala Azzam Sham pula juara musim ketiga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI