fbpx

Pasangan kekasih dicekup curi motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara komponen motosikal curi yang dirampas polis dalam dua serbuan di Bukit Gedung dan Sungai Ara dekat Balik Pulau semalam.

BALIK PULAU – Tindakan licik pasangan kekasih dipercayai menjalankan kegiatan mencuri motosikal di kawasan Bayan Lepas di sini akhirnya terbongkar selepas diberkas polis dalam dua serbuan di Bukit Gedung dan Sungai Ara dekat sini semalam.

Operasi yang diketuai Ketua Polis Balai Bayan Lepas, Inspektor Mohd. Noor Fierdaus Che Othman kira-kira pukul 3.45 pagi itu turut menahan seorang suspek lelaki dipercayai kenalan pasangan tersebut.

Penahanan ketiga-tiga suspek berusia antara 18 hingga 30-an itu dilakukan selepas polis menerima laporan daripada seorang pengadu berhubung kehilangan motosikal miliknya jenis Yamaha Y15ZR kurang tempoh 24 jam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, dalam tangkapan tersebut polis turut menjumpai rangka motosikal dan beberapa komponen motosikal yang telah dileraikan di rumah salah seorang suspek di Sungai Ara.

“Siasatan lanjut juga mendapati kesemua suspek mempunyai pelbagai rekod lampau melibatkan kes jenayah dan narkotik,” katanya di sini hari ini.

Jelasnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 379(A) Kanun Keseksaan kerana mencuri motosikal. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI