fbpx

Pengusaha kedai makan maut elak tapir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta Perodua Axia dinaiki mangsa yang terlibat dalam kemalangan akibat mengelak tapir di Kilometer 98, Jalan Jerangau Jabor berhampiran AMBS hari ini.

DUNGUN – Gara-gara mengelak seekor tapir yang tiba-tiba melintas jalan, seorang pengusaha kedai makan maut dalam kemalangan di Kilometer 98, Jalan Jerangau Jabor berhampiran Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS) hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 4.15 pagi itu, mangsa, Mohd. Norhakimin Mohd. Fauzi, 26, yang menaiki kereta Perodua Axia dipandu rakannya meninggal dunia akibat kecederaan pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sewaktu kejadian, Mohd. Norhakimin bersama rakannya, Muhammad Irfan Nazran Ibrahim, 22, dikatakan dalam perjalanan dari ke AMBS dari rumah mereka.

“Sewaktu tiba di lokasi kejadian, seekor tapir yang keluar dari belukar berhampiran tiba-tiba melintas jalan.

“Muhammad Irfan yang terkejut cuba mengelak haiwan liar itu menyebabkan kereta dipandunya hilang kawalan lalu terbabas merempuh sebatang tiang elektrik di tepi jalan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Baharudin berkata, kereta Perodua Axia yang dinaiki mereka kemudiannya terjatuh ke bawah cerun kiri jalan.

Beliau berkata, mayat Mohd. Norhakimin telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun di sini untuk dibedah siasat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI