PUTRAJAYA – Sebanyak 3,767 kes sembuh dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 2,777,715 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jangkitan harian pula mencatatkan 5,139 kes termasuk 226 kes import dengan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 sebanyak 2,861,069 kes.
“Terdapat lima kluster baharu dikenal pasti hari ini dengan jumlah kluster tamat sebanyak 6,108 kluster serta 291 kluster aktif dilaporkan.
“Sebanyak 119 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 69 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -K! ONLINE