fbpx

Hujan lebat, ribut petir di tujuh negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan tujuh negeri pada malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan di Facebook berkata, keadaan hujan lebat, ribut petir serta angin kencang dijangka berlaku di Kulim dan Bandar Baharu, Kedah serta beberapa kawasan di Perak.

“Ia termasuklah Larut, Matang dan Selama, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

“Selain itu, cuaca buruk ini turut berlaku di Pahang melibatkan kawasan Tanah Tinggi Cameron, Raub dan Bentong,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, bagi negeri Selangor, kawasan yang terlibat adalah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

“Hujan lebat serta ribut petir juga tertumpu bagi keseluruhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Melaka malam ini.

“Di Negeri Sembilan, turut melibatkan daerah Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Rembau,” ujarnya.

Dalam pada itu, MetMalaysia melaporkan ramalan cuaca signifikan bermula esok sehingga 5 Febuari 2022 bagi beberapa negeri terlibat.

“Cuaca panas dan kering dijangka berterusan bagi negeri-negeri utara dan timur di semenanjung.

“Manakala kawasan barat Sabah, utara dan tengah Sarawak serta Pantai Barat Semenanjung khususnya Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat pada waktu petang hingga awal malam,” katanya lagi.

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada ekoran cuaca yang tidak menentu ketika ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI