fbpx

Ilmu selamatkan Dmimi daripada tersungkur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shaharil dan Nor Izha tekad membantu 30,000 dropship dan menyasarkan jualan RM20 juta tahun ini.

SHAH ALAM – Pengalaman menjalankan perniagaan lebih 13 tahun bukan jaminan bisnes akan terus berkembang, sebaliknya boleh tersekat di tengah jalan tanpa ilmu dan bimbingan yang betul.

Pengarah Urusan Dmimi Sdn. Bhd., Shaharil Shafie berkata, perniagaan sama seperti ahli sukan yang memerlukan khidmat jurulatih kerana kelebihan mereka membimbing, memberi latihan, fokus dan dekat dengan anak didik.

“Begitu juga dengan bisnes, walaupun kami berjaya mencecah jualan RM1 juta setahun, ia dilakukan dalam keadaan kelam kabut dan serabut,” katanya ketika dihubungi semalam.

Mengulas lanjut, Shaharil memberitahu, dia bersama isterinya, Nor Izha Mohamad Shah yang juga merupakan pengasas bersama syarikat pakaian muslimah itu akhirnya mengambil keputusan mengikuti program Mentoring Titanium oleh RichWorks.

“Sebelum ini kami tak pandai ambil pekerja dan kebanyakannya tak kekal lama, kami hanya percaya antara satu sama lain. Ini membuatkan kami sentiasa sibuk menjalankan urusan perniagaan.

“Setelah menggunakan ilmu dan tunjuk ajar daripada Azizan, kami mula ada masa untuk diluangkan bersama, sempat untuk ke masjid dan kehidupan kami lebih teratur,” jelasnya.

Menurut Shaharil, hasil bimbingan Richworks juga, beliau telah memfokuskan kepada saluran digital seiring dengan perkembangan serta cabaran semasa dan hasilnya, Dmimi meraih jualan RM7 juta pada 2021 dengan sokongan 11,000 dropship selain sembilan lot kedai.

Untuk 2022, syarikat menyasarkan jualan RM20 juta dan membantu 30,000 dropship.

“Kami mahu bantu lebih ramai wanita menambah pendapatan dan mereka yang berminat boleh melayari Facebook rasmi kami di Dmimi,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI