fbpx

Imigresen serbu pusat karaoke, enam GRO ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Enam wanita warga Korea Selatan yang dipercayai bekerja sebagai GRO di sebuah pusat karaoke eksklusif tergamam diserbu imigresen dalam satu serbuan semalam.

KUALA LUMPUR – Enam wanita warga Korea Selatan yang dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam satu serbuan di sebuah pusat karaoke eksklusif di Solaris Mont Kiara di sini semalam.

Pengarah Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Syamsul Badrin Mohshin berkata, menerusi serbuan tersebut dua orang lelaki warga Korea Selatan dan seorang lelaki warga Pakistan turut ditahan.

Katanya, aktiviti tidak bermoral di premis tersebut menawarkan GRO berusia lingkungan 24 hingga 46 tahun dengan menawarkan perkhidmatan sebagai pelayan istimewa kepada pelanggan dari bilik ke bilik dengan bayaran sebanyak RM500.

“Manakala harga bayaran bilik pula mencecah sehingga RM2,000 bagi sebuah bilik.

“Ketika serbuan dilakukan beberapa GRO hanya mampu tergamam dan sebarang tindakan untuk melarikan diri tidak berjaya kerana lokasi sasaran telah dikepung awal,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, seramai 35 pegawai Imigresen Kuala Lumpur terlibat dalam serbuan berkenaan.

Menurut Syamsul, semua suspek ditahan di atas kesalahan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas ekspatriat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI