fbpx

Fahami potensi bisnes untuk berjaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZIZAN memperkenalkan formula SIAPA bagi membantu soal pemasaran yang berkesan bagi bangsa usahawan.

PEJAM celik, kita sudah pun berada di penghujung Januari.

Bagi bangsa usahawan yang sudah menulis impian dan perbaharui azam masing-masing, saya doakan moga dipermudahkan, terus komited dan lakukan yang terbaik, sampai habis!

Bagi mereka yang belum, ia pilihan anda sendiri.

Allah SWT berfirman dalam surah Ar-Ra’d: 11: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan ia mengubah dirinya sendiri.”

Hari ini, saya mahu kongsikan tentang pentingnya kita sebagai usahawan mengetahui potensi perniagaan yang dijalankan.

Selepas ketahui potensi perniagaan, maka lebih mudahlah untuk anda mengatur strategi bagi sasaran yang khusus dan melihat perniagaan makin berkembang, insya-Allah.

Kenal pasti ‘target market’

Terlebih dahulu, usahawan perlu kenal pasti berapa besar target market, atau kumpulan sasaran perniagaan.

Dapatkan maklumat yang berkaitan dan barulah anda boleh lihat apa strategi untuk capai prospek pelanggan berkenaan.

Bukan semua 32 juta rakyat Malaysia merupakan pelanggan yang anda kehendaki ya!

Usahawan perlu tahu siapa sasaran mereka sebenarnya, barulah lebih mudah untuk merangka pemasaran dan penjenamaan yang berkesan, malah efektif.

Duit pun boleh dijimatkan bagi peruntukan pemasaran dan penjenamaan bisnes anda.

Formula SIAPA

Saya ingin hadiahkan anda dengan formula pemasaran saya sendiri, SIAPA yang sudah bantu ramai usahawan sehingga mereka berjaya bina bisnes yang berjaya.

Akronim SIAPA membawa maksud Sasaran, Isu, Akibat, Potensi dan Action yang mana usahawan mahukan pembaca, penonton ataupun pendengar bertindak.

Jika saya mahu perjelaskan dengan lebih teliti, rasanya tak cukup ruang ini, namun apa saya boleh beritahu, SIAPA dapat membantu bangsa usahawan melakukan pemasaran mereka dengan betul dan Insya-Allah berkesan.

Hal ini kerana anda akan secara langsung melakukan pemasaran pada kumpulan yang betul, mengenal pasti isu atau masalah dihadapi dan kesannya serta menawarkan penyelesaian kepada mereka.

Jika mahu tahu soal pemasaran dan penjenamaan penting bagi 2022 ini, anda tidak boleh lepaskan peluang untuk bersama saya secara langsung, malah 100 peratus percuma dalam Siri Klinik Usahawan Berani Bina

Bisnes Berjaya – Branding & Marketing Power 2022! pada 4 – 6 Mac ini.

Seperti saya kata tadi, pilihan di tangan anda. Bagi usahawan yang serius mahu tingkatkan soal pemasaran & penjenaman boleh imbas kod QR tertera.

Tidak lupa juga, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada masyarakat Tionghua yang akan menyambutnya tidak lama lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI